Thursday, December 29, 2005

Tips - Dr Fadzilah Kamsah







Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour


Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2 : Lembut
8 : Bisnes
1 : Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.

Just For ur Info... Cubalah korang try, yg mana satu korang punyer, sajer suka-suka, setelah dihitung kira (mcm lagu angguk2 geleng2 pulak, he he, boleh dirumuskan yg saya punyer No. 1=Pemimpin (leh ler pimpin saper2 he he, No. 6=Angin (angin aper pun tak tau ler..he he, angin satu badan kot tak pun angin kus kus) dan last sekali No. 7= Patuh (cewahhh...patuh lagi he he)
Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh
disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti
arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu,
harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali
diri
kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja,
kenal pasti bilakah tarikh lahir mu serta lihat
kesesuaian haiwan seperti yang telah
dikategorikan di bawah! Mmm... pasti kamu akan
mengenali diri kamu dengan lebih mendalam
selepas ini!


KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober



ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata
memiliki penampilan yang menarik dan
kebiasaannya popular di kalangan teman-teman.
Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu
antara individu yang mudah didekati dan bijak
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa
mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap
tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada
pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian
ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering
dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua
dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara
berkumpulan.


KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu
dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari
kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar
mengikut orang lain dan kurang gemar untuk
memulakan bicara atau berbual dengan individu
yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-
hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan
lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa
bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.


MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa
menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa
memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap
ceria itu telah menarik minat ramai orang di
sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per
sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya
individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan
sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa
jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun,
sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya
agak kurang menyenangkan sesetengah pihak.
Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup
kamu, 'hidup mesti ceria!' Selain itu
kamu juga
gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan
sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan
sesuatu perkara.


HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di
sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap
memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering
berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu
sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu.
Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan
pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang
kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul
tanggungjawab sebagai seorang ketua.


TIKUS
'Diam-diam ubi berisi' itulah
gambaran terdekat
mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai
cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam
diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap
kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik
perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun
kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan
popular, dirimu tetap dikenali ramai.


SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin.
Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat
bila berdampingan dengan mu. Kamu juga
memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik.
Sikap peramah dan mesra yang sememangnya
wujud secara semula jadi dalam diri mu telah
menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu,
maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki
teman baru saban hari.


PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada
dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak
agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana
kamu sering menilai kehendak dan keinginan
orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran
diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu
adalah seorang teman yang dan tidak bersikap
seperti 'talam dua muka'.


MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga
tergolong dalam kategori individu yang sentiasa
bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya
dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun
kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam
kehidupan harian mu.

Thursday, October 13, 2005

Renungan

Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada sauatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w. selepas hamba membaca lalu tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah S.A.W. mendatangi hamba lalu bersabda:-

Dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.

1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,

2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.

3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.


Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-

1. Semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.

2. Tulisan dalam Al-Quran akan hilang.

3. Matahari akan turun di atas kepala.


Pesan Hamba :-

1. Berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

2. Bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.

4. Janganlah derhaka kepada ibu-bapa.

Sunday, September 18, 2005

Cabaran dah mula...

Kecewa tetap kecewa..tapi...........takkan nak kecewa, patah tumbuh hilang berganti, yang baru lebih dari yang lama. Boleh ke cam tu. Anyway tahniah kepada dua orang makhluk di atas muka bumi ni yang dah mula blogging ni..merahvast dan zzdie. Link dia korang cari sendiri lah ye.

Eh, dalam lama ye, aku tak update blog ni..nak update ke, tak yah lah. Pesal AE05, baca kat World Inspirations ye.

Tuesday, August 23, 2005

Ntah

Ntah, tak tahu nak cakap apa.

Friday, June 10, 2005

Kecewa !!!!!!!!!!!!!!!

Kecewa pun menjadi-jadi..............................

Friday, April 29, 2005

Kecewa

Adakah aku akan kecewa lagi. Tidak!!! A month from now.

Friday, February 18, 2005

Misha mohon restu peminat Adam


RAMAI yang memuji bakat lakonan Misha Omar dalam filem Gerak Khas 3 The Movie (GK3) arahan Datuk Yusuf Haslam yang sedang ditayangkan di pawagam.
Reaksi positif itu telah memberi semangat kepada Misha untuk terus mengembangkan bakat lakonannya, lalu bersetuju untuk muncul sebagai heroin filem remaja, Main-Main Cinta (MMC).
Melalui MMC, arahan Prof. Madya A.Razak Mohaideen, kata Misha, dia akan cuba atasi kelemahannya sebagai pelakon.
Perkara pertama yang akan diatasi oleh Misha, untuk melakukan adegan romantik. Misha akui sewaktu dalam GK3, dia agak kekok ketika melakonkan adegan bertentang mata dengan Ezany.
Namun dia akan cuba atasi perasaan tersebut bila bergandingan dengan Adam AF2 dalam MMC nanti.
Pada waktu yang sama, Misha juga berharap peminat-peminat Adam terutamanya gadis remaja tidak akan memarahinya.
``Siapa tahu peminat fanatik Adam akan marah saya kalau kami melakonkan adegan yang romantik. Apa yang saya dan Adam akan lakukan adalah mengikut kehendak pengarah. Itu tugas kami untuk menghidupkan watak,'' kata Misha yang awal-awal lagi sudah memohon restu peminat-peminat Adam.
Kata Misha, percintaannya dengan Adam dalam MMC adalah satu fantasi.
Selain dari ingin mengatasi kelemahan diri, sebab lain yang mendorong Misha menerima tawaran tersebut adalah kerana watak Farah yang bakal dibawa dalam MMC berbeza dengan wataknya dalam GK3.
Farah adalah seorang pelajar yang cantik, trendy, popular dan sama nakal seperti kekasihnya, Adam.
Meskipun Misha baru pertama kali bertentang mata dengan Adam sewaktu latihan pembacaan skrip di pejabat Metrowealth baru-baru ini, namun dia yakin dapat bekerjasama dengan penyanyi tersebut.

ADAM belajar bahasa Melayu baku

Adam atau Mohd. Aizam Mat Saman yang bakal menyambut ulang tahun ke 22 pada September nanti berkata, dia tidak akan menghampakan kepercayaan yang diberikan oleh pengarah Main-Main Cinta.
Bagi menjayakan watak sebagai pelajar dari Semenanjung, Adam ingin memastikan loghat Sabahnya dapat diatasi sewaktu dubbing filem itu nanti.
Jelasnya, buat masa sekarang dia sedang belajar menggunakan bahasa Melayu baku dengan teratur.
``Itulah perkara utama yang perlu Adam lakukan, bertutur dengan betul. Sekarang ini kalau Adam buka mulut orang sudah kenal Adam berasal dari Sabah,'' ceritanya tersenyum.
Adam juga berharap dia akan berpeluang merujuk bekas guru lakonnya, Fauziah Nawi atau Fatimah Abu Bakar untuk mendapatkan bimbingan.
Biarpun ada yang berpendapat gandingan Adam dengan Misha seperti tidak ada keserasian namun Adam tidak kisah.
Katanya semua persoalan itu boleh diatasi jika mereka berjaya menjiwai watak masing-masing.
``Ini merupakan kali pertama Adam bawa watak utama dan Adam memerlukan sokongan ramai. Seronoknya filem ini, menggambarkan dunia remaja yang memang sesuai dengan Adam,'' katanya yang menjadikan KRU sebagai ikon.

Sesuaikah - Misha, Adam Main-Main Cinta?

Oleh WANDA IDRIS

PARA pelakon bersama pengarah A. Razak Mohaideen (belakang, empat kanan) dan David Teo (lima kanan) pada majlis doa selamat dan pembacaan skrip filem Main-Main Cinta di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
SEPERTI ada yang tidak kena dengan gandingan Adam AF2 dengan Misha Omar untuk menerajui filem cinta remaja, Main-Main Cinta, terbitan Metrowealth Movies Production (MMP).
Bukan kerana faktor usia, kerana jarak usia masing-masing tidaklah jauh berbeza. Misha hanya setahun lebih tua daripada Adam yang akan menyambut hari lahirnya yang ke 22 pada September ini.
Tetapi yang menjadi persoalannya, wajah dan penampilan Misha nampak jauh lebih matang berbanding Adam yang penuh keremajaan.
Perkara itu diakui sendiri oleh pengarah filem tersebut, Profesor Madya A. Razak Mohaideen.
``Sememangnya daripada pandangan mata kasar, gandingan itu nampak tidak kena. Tapi kita yang mencipta kesesuaian mereka. Misalnya, gaya berpakaian dan imej diri yang cuba ditonjolkan, dicipta berdasarkan watak dan perwatakan masing-masing.
``Jadi tiada alasan untuk menyatakan bahawa gandingan itu tidak kena. Dulu semasa saya menggandingkan Erra dan Yusry untuk filem Kuliah Cinta pun, persoalan yang sama timbul.
``Tapi ternyata, gandingan itu berjaya dan filem Kuliah Cinta sendiri memperoleh kutipan tertinggi pada tahun lepas iaitu sebanyak RM4.1 juta,'' katanya yang ditemui selepas majlis doa selamat dan pembacaan skrip filem tersebut di pejabat MMP di Subang Jaya, Selasa lalu.
Namun pengarah itu tidak menafikan, dia mempunyai alasan tersendiri menggandingkan dua artis tersebut.
Selain populariti, kata Razak, mereka telah membuktikan kemampuan bakat lakonan masing-masing.
Misha, kata Razak, telah menunjukkan lakonan yang membanggakan dalam filem Gerak Khas 3 The Movie (GK3).
Sementara Adam pula dilihat mempunyai potensi besar dalam dunia lakonan setelah tampil bersama bintang Akademi Fantasi 2 dalam filem Cinta Fotokopi yang akan ditayangkan 21 April ini.
Penarik
``Tidak dinafikan, gandingan Misha dan Adam mampu menjadi daya penarik kepada peminat untuk menyaksikan filem Main-Main Cinta,'' katanya.
Mengenai filem tersebut, kata Razak, Main-Main Cinta adalah sebuah filem yang berkisar tentang percintaan remaja di kolej.
Bagaimanapun, kata Razak, ia bukan sebuah kisah percintaan biasa sebaliknya diselitkan dengan mesej keakraban hubungan sesama teman dan keluarga.
Malah genre fantasi romantik menjadi tunjang Main-Main Cinta bagi memberi tarikan kepada filem tersebut.
Katanya, terdapat empat watak penting dalam filem tersebut iaitu watak Farah dan Adam yang masing-masing dibawa oleh Misha dan Adam manakala watak Maya dan Farid didukung oleh pelakon Dynas dan Piere Andre.
``Selain menampilkan paling ramai artis remaja, Main-Main Cinta turut menyelitkan kira-kira 53 babak fantasi remaja dalam dunia percintaan. Ia termasuk adegan situasi romantis seperti hero menaiki kuda dengan pakaian putih sedondon dan sebagainya,'' jelasnya.
Menurut Razak, dia juga telah melakukan beberapa perubahan pada skrip Meor Shariman atas persetujuan penulis skrip itu.
Malah katanya, dia menampilkan tujuh buah lagu-lagu KRU termasuk sebuah lagu baru kumpulan itu serta sebuah lagu nyanyian Adam sebagai daya tarikan kepada filem tersebut.
``Saya memilih KRU bukan sahaja kerana watak Adam mempunyai persamaan dengan dirinya yang memuja KRU tetapi kumpulan itu sendiri merupakan idola kepada para remaja usia 20-an yang membesar dengan lagu-lagu KRU,'' jelasnya.
Filem ke-17 terbitan MMP itu akan memulakan penggambaran bermula 20 Februari ini selama sebulan di sekitar Kuala Lumpur, Kajang dan Shah Alam.
Kira-kira RM1.5 juta diperuntukan untuk pembikinan filem itu termasuk kos promosi dan dijangka ditayangkan pada penghujung tahun ini.
Turut membintangi filem itu ialah Vanidah Imran, Saiful Apek, Farid Kamil, Azean Irdawaty, M. Rajoli, Siti Elizad, dan ramai lagi.
Sementara itu, penerbitnya, David Teo yakin filem yang diterajui oleh Misha Omar dan Adam itu bakal menjadi box-office apabila ditayangkan kelak.

Thursday, February 17, 2005

Dah Lama!!!

Dah lama tak update blog ni