Friday, July 25, 2003

Tak der mood

Semalam tak tulis blog, tak dak mood kot.

Khamis 24 Julai 2003:
Pagi pegi lab, lunch hour, gi lunch dgn Lan kat Permai. Pastu ptg tak gi mana2, sampai kuliah semalam. Lepas kuliah, singgah kat Medan Selera, beli makanan dinner.

Menu lunch:
1) Nasi Putih
2) Telur gorang mata kerbau masak masam manis
3) Tempe
4) Air lengkong

Menu dinner:
1) Nasi Putih + Ayam Goreng + Telur Mata Kerbau + Sup Kosong

Hari ni plak:
Pagi tak gi mana2, cuma gi beli lunch:
1) Nasi Putih
2) Telur Mata Kerbau
3) Sayur Bendi
4) Air Teh Herba

Lepas Solat Jumaat dtg lab, cari bhn untuk NLP, hari isnin ada discussion dgn Kak Aida. Sambil tu, cari bhn Assignment #1 Image.

Wednesday, July 23, 2003

Tak 'CERIA'

Pagi tadi pegi bank, pastu terus gi lab. Msa kat lab Lan dtg ajak gi lunch. Lunch kitaorg dekat jer, Cafe Harapan. Menu:
1) Nasi Putih
2) Ayam Goreng
3) Air Soya

Skang ni ada kuliah, tgh break solat Maghrib. Tension gak ni, banyak masalah semalam berlaku. Tak per la nak buat cam ner, dah lumrah alam. Terima je la labu......

Tuesday, July 22, 2003

'Janji Diana'

Ni artikel ari ni...nanti nak tgk filem ni.........

----------------------------------------------------------------------------------
Cinta Kolesterol cipta sejarah
Oleh Akmal Abdullah

FILEM Cinta Kolesterol yang dijangka mula ditayang akhir September ini boleh dianggap mencipta satu sejarah baru dalam industri perfileman tanah air berikutan muncul sebagai filem pertama menggunakan teknologi solekan canggih dan termahal di negara ini.

Malah, ia juga sebagai filem Melayu pertama yang mampu membawa kesan kuat untuk penampilan watak utama dengan imej gemuk keterlaluan menerusi solekan dan sut pakaian khas, kelainan yang dikatakan cuma ada sekitar 10 judul saja seumpamanya berbanding mana-mana filem di dunia setakat ini.

Gimik ini akan memberi kejutan baru dalam perkembangan filem Melayu, selain memberi pengalaman paling berharga kepada Erra Fazira kerana watak ‘montel’ yang dibawanya adalah perbezaan besar sepanjang kerjayanya sebagai aktres.

Malahan, boleh dikatakan filem itu kelak menampilkan kelainan ketara dari segi pengarahan dan corak persembahannya jika dibandingkan hasil kerja sutradara Prof Madya Razak Mohaideen sebelum ini.

Demikian antara kenyataan menarik yang boleh disimpulkan menerusi Diskusi Seni: Kesan Khas Solekan Dalam Filem Cinta Kolesterol di Fakulti Seni Persembahan (FSP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, baru-baru ini.

Ia dirasmikan Dekan FSP, Prof Madya Rushdi Kubon serta dihadiri hampir 300 pelajar fakulti itu. Ahli panelnya ialah Erra Fazira, Razak, Yusry Abdul Halim, selain penerbit Metrowealth Movies Productions (MMP), David Teo, Penerbit Penyelaras Cinta Kolesterol, Latiff Mohaideen, jurusolek Kay Azman serta dipengerusikan Zack.

Erra berkata, bukan mudah untuk membawa watak sedemikian kerana dalam fizikal yang gemuk keterlaluan, dia harus membuat persediaan mental yang baik untuk menggayakan wanita gemuk dan menterjemahkan cara bergerak, bercakap dan rentak nafas sebab seluruh wajahnya ditampal latex foam.

“Cuma yang tidak disolek ialah mata, hidung dan telinga. Cinta Kolesterol membuka satu pengalaman indah sebab semua pelakon hendak cuba watak sebegini (gemuk) dan ia akan memberi pembaharuan terhadap industri filem kita. Proses membawa watak ini bukan mudah, bermula hendak ambil ukuran kepala dan muka, ia bukannya perkara enak. Kepala saya dimasukkan ke dalam satu bahan berwarna merah dan rasa gelap gelita, tidak boleh gerakkan kepala selama 40 minit. Proses ini satu penyiksaan.

"Apabila tiba hari penggambaran, ketika disolek dan dimasukkan dalam sut pakaian gemuk, barulah benar-benar rasa tercabar kerana berdepan cuaca panas, badan berpeluh. Ia memang siksa. Setiap kali hendak tidur, terfikir siksa yang akan dihadapi esoknya kerana akan disolek empat jam lagi.

"Tapi bila sudah dalam sut pakaian gemuk dan disolek, automatik saya berasakan saya bukan lagi Erra Fazira seperti biasa tetapi saya adalah Erra yang lain dan barulah terasa berat saya memang 130 kilogram. Sewaktu disolek di set, saya tidak dibenar berborak dan makan, cuma boleh senyum," katanya.

Razak menjelaskan, idea menghasilkan filem sedemikian tercetus dua tahun sebelum ia dihasilkan.

"Saya merujuk pada Internet dan mendapati sekitar tahun 2000, filem yang ada di dunia mengenai watak gemuk melalui solekan hanya ada enam atau tujuh judul. Maknanya ia masih baru dalam bidang perfileman di dunia dan teknik kesan khas solekan tidak ada dalam buku.

"Konsep ini membolehkan generasi baru perfileman untuk mencuba bidang ini yang masih dara. Bila kita dengar tampal topeng, ia mungkin macam senang dibuat tetapi sebenarnya rumit. Manusia tidak boleh samakan dengan ciptaan Tuhan. Kita cuba beri sesuatu yang baru dengan penipuan kesan khas solekan. Bila dikonsepkan ia mampu menarik perhatian. Solekan bukan sekadar untuk buat jadi gemuk tetapi bermacam-macam imej lagi.

"Ini konsep baru dalam filem Malaysia. Saya akui ia tidak sempurna 100 peratus, malah tujuh filem yang buat konsep sebegini juga ada kecacatannya. Kita berharap teknik ini dapat memberi rangsangan buat generasi baru dalam kerja filem. Kita perlu kreativiti, kesanggupan dan kerajinan," katanya.

David Teo pula berkata, MMP berminat menghasilkan Cinta Kolesterol kerana mahu memberi kelainan dalam industri filem tempatan dan ia juga prinsip yang dipegangnya sebagai penerbit.

"Setiap kali hendak buat filem baru, kita cuba buat pembaharuan. Kita terpaksa laburkan RM200,000 hanya untuk tujuan solekan. Untuk filem terbaru, Hingga Ke Hujung Nyawa, kita juga akan gunakan solekan iaitu menjadikan watak Erra sebagai orang tua dengan kos solekannya dua kali ganda mahal iaitu RM400,000 kerana kali ini menggunakan silikon.

"Untuk tayangan filem ini nanti, kita gembira kerana sudah mendapat tempahan dari Brunei dan Singapura. Kita akan tayangkan menerusi 45 pawagam. Saya yakin Cinta Kolesterol boleh menjadi filem Melayu paling box-office pada tahun ini," kata David.

Monday, July 21, 2003

Suram

Menu lunch:
1) Nasi Goreng Kampung
2) Air Teh Herba
3) Cucur Cempedak

Kak Aida call, nak pinjam buku Taunembum. Ptg ni dtg la school jumpa KaK Aida, so tgh tunggu2 ni tulis la blog kejap.

Curi Masa

Skang kul 3.30 ptg, masih kat lab, cari bhn assignment. Letihnyer. Curi2 masa tulis blog ni kejap...release tension.Ada beberapa bhn dah jumpa tapi still tak paham soalan assignment image processing tu. Tak per cuba lagi...Lapar la plak...tak lunch lagi ni.

Siapakah?

Artikel ari ni...
-----------------------------------------------------------------------------------

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.


Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.


Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.


Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil erkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi


Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Siapakah org yg bijak?

Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain.
Pagi ni macam biasa bangun. Ari ni ari isnin. Banyak keja nak kena buat, assignment due end of July, that means, 10 days to go. Huhs...berat jugak ni. Wbp, semlm tak tulis blog ni, ari ahad la, lepak kat bilik la, tak dtg lab.

Ahad - 20 July 2003 : Pagi bangun, kemas bilik, mandi, then gi beli makan kat Cafe Bakti. Pas tu gi bilik Lan, lepak2 ngan Merah dan Is sampai pukul 2.00 ptg. Menu ari ni:
1) Nasi Goreng Ayam & Udang
2) Barli Suam
3) Cucur Cempedak

Petang: Tolong Merah dan Is pindah barang ke rumah sewa diaorg di Taman Utama Minden Heights. Sampai la pukul 5.30 ptg. Penat nyer....Pukul 6.00 ptg, pegi pasar malam tapak pesta, beli dinner set. Menu dinner:
1) Nasi Kerabu
2) Mee Goreng
3) Kuih Talam

Malam tgk TV.Citer:
1) The making of Tomb Raiders - Lara Croft
2) 3 R
3) Phua Chu Kang
4) SmallVille
5) Gilmores Girls

Saturday, July 19, 2003

Artikel

Ni article yang menarik gak.

--------------------------------------------------------------------------------
Enam Persoalan Hidup
oleh: Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling b! enar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan
matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sekian.

Sejuk

Skang ni tgh hujan lebat. Sejuk!!!!! Naisb baik sampai lab awal, kalau tak, basah habih. Sampai lab air-con pulak menambahkan lagi kesejukan....

Hari ni bangun cam biasa. Lepas bangun terus kemas bilik. Then, lepas kemas, elektrik plak tak der kat 'plug2', kipas dgn lampu ada. takl leh la pasang PC. Pastu, apa lagi mandi la. Lama gak mandi ari ni. Lepas mandi cari Is, ajak gi lunch dgn Merah dan Pitt. Kita org lunch kat Cafe Bakti jer.Ari ni bermenukan:

1) Nasi putih
2) Lauk ayam masak panggang
3) Bergedil
4) Acar Rampai
5) Air teh herba Cina

Lepas tu balik bilik solat dan dtg lab. Ni dekat lab lagi la. Nak balik, hujan still lebat. Buhsannyaaaaaa.

Friday, July 18, 2003

Hari Pertama

Hari ni merupakan hari pertama aku tulis blog dlm nada yg serius. Ermm...ayat yang jelas dan nyata. Blog yg aku tulis sblm ni tipu2 jer...just nak cuba2. Entah macam mana pun entah, tetiba jer aku terasa nak tulis blog ni secara serius. Mungkin, aku terbaca blog 'dia' kot. Tapi tak kisah lah, as loong as aku bahagia.

Pagi ni bangun agak lewat, teka lah pukul berapa?. Lepas mandi gi beli lunch, awal aku lunch ari ni. Kira cover breakfast sekali la. Ari ni makan:
1) Nasi Putih
2) Telur goreng masak masam manis
2) Sayur bendi goreng
4) Air barli suam

Lepas lunch, gosok baju la, especially baju melayu, nak gi Solat Jumaat. Pastu solat, lepak kat bilik jap, then terus dtg lab, nak tulis blog ni. Sambil2 tu nak cari bhn for assignment image processing la...due date 31 July 2003. Tarikh keramat tu.

Tu je la blog aku utk ptg ni. ok

Thursday, July 17, 2003

Assalamualaikum