Thursday, December 29, 2005

Tips - Dr Fadzilah Kamsah







Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour


Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2 : Lembut
8 : Bisnes
1 : Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.

Just For ur Info... Cubalah korang try, yg mana satu korang punyer, sajer suka-suka, setelah dihitung kira (mcm lagu angguk2 geleng2 pulak, he he, boleh dirumuskan yg saya punyer No. 1=Pemimpin (leh ler pimpin saper2 he he, No. 6=Angin (angin aper pun tak tau ler..he he, angin satu badan kot tak pun angin kus kus) dan last sekali No. 7= Patuh (cewahhh...patuh lagi he he)
Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh
disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti
arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu,
harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali
diri
kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja,
kenal pasti bilakah tarikh lahir mu serta lihat
kesesuaian haiwan seperti yang telah
dikategorikan di bawah! Mmm... pasti kamu akan
mengenali diri kamu dengan lebih mendalam
selepas ini!


KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober



ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata
memiliki penampilan yang menarik dan
kebiasaannya popular di kalangan teman-teman.
Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu
antara individu yang mudah didekati dan bijak
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa
mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap
tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada
pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian
ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering
dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua
dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara
berkumpulan.


KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu
dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari
kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar
mengikut orang lain dan kurang gemar untuk
memulakan bicara atau berbual dengan individu
yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-
hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan
lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa
bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.


MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa
menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa
memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap
ceria itu telah menarik minat ramai orang di
sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per
sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya
individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan
sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa
jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun,
sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya
agak kurang menyenangkan sesetengah pihak.
Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup
kamu, 'hidup mesti ceria!' Selain itu
kamu juga
gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan
sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan
sesuatu perkara.


HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di
sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap
memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering
berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu
sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu.
Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan
pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang
kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul
tanggungjawab sebagai seorang ketua.


TIKUS
'Diam-diam ubi berisi' itulah
gambaran terdekat
mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai
cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam
diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap
kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik
perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun
kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan
popular, dirimu tetap dikenali ramai.


SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin.
Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat
bila berdampingan dengan mu. Kamu juga
memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik.
Sikap peramah dan mesra yang sememangnya
wujud secara semula jadi dalam diri mu telah
menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu,
maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki
teman baru saban hari.


PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada
dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak
agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana
kamu sering menilai kehendak dan keinginan
orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran
diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu
adalah seorang teman yang dan tidak bersikap
seperti 'talam dua muka'.


MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga
tergolong dalam kategori individu yang sentiasa
bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya
dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun
kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam
kehidupan harian mu.