Thursday, May 22, 2008

Sekian Lama

Sekian Lama, sebuah lagu dari Dato' Siti Nurhaliza di dalam album terbarunya Hadiah Daripada Hati. Ya, itu tajuk lagu, tapi ia memberi lebih makna pada entry ini.

Setelah Setahun sepuluh bulan tidak meletakkan apa-apa entry, ini lah setelah kian kalinya dan untuk pertama kalinya, aku menjadi penulis blog seseriusnya. Selama ini, hanya pembaca blog yang setia kpd si dia, dan dia serta dia. Blog menjadi pemnagkin sejagat, senjata pemusnah kepada BN semasa PRU-12.

Mengenali blog sejak Mei 2001, kini inilah blogging process....

Monday, July 24, 2006

Mencari kepastian bersama anak Datuk K


Photobucket - Video and Image Hosting




Gambar atas - Datuk Khalid semasa sedang bercuti dengan anak-anaknya di San Francisco hujung Disember lalu.Dari kiri Mohd Adib,Mohd Anas dan Mohd Ashraf.

Gambar bawah kiri - Adib bersama dua kenalannya di satu majlis meraikan harijadi seorang rakannya di Kuala Lumpur Jumaat lalu manakala kiri gambar dia sedang memegang gelas di sebuah restoran di komplek membeli belah Starhill,Kuala Lumpur pada Hari Ibu baru-baru ini.Kedua-dua gambar ini antara beberapa gambarnya yang tersebar meluas dalam intenet.
------------------------


Mohd Adib tersenyum riang ketika secara berjenaka bertanya, “ Macam mana rasa…OK dak?”

Abangnya,Mohd Anas dan seorang rakannya tertawa melihat ragam adiknya itu.

Petang Jumaat – Adib,16 telah telah menerima undangan Agendadaily untuk minum bersama di sebuah restoran di komplek membeli belah Starhill di Jalan Bukit Bintang,Kuala Lumpur.

Anas,19 yang pulang bercuti dari Melbourne,Australia dimana dia kini sedang melanjutkan pelajaran datang bersama menemani adiknya itu.

Adib ialah anak kedua kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa manakala Anas ialah yang sulong dari empat beradik.

Selain dari sembang-sembang tujuan utama pertemuan itu adalah untuk mendapat kepastian mengenai salah satu gambar Adib yang tersebar luas menerusi internet dimana dia sedang memegang gelas.


Photobucket - Video and Image Hosting


Sekali imbas gambar itu seolah-olah dia sedang memegang gelas minuman keras.

Tidak lama selepas duduk di salah sebuah meja di restoran itu Adib memesan dua gelas minuman sama seperti dalam gambar itu.

Mengikut buku menu restoran itu ia dikenali sebagai Margitha iaitu minuman ringan yang rasa agak masam sikit dan berperisa garam.

Pelayan restoran itu sendiri mengesahkan ia minuman adunan mereka sendiri yang tidak mengandongi sebarang alkohol.

Adib kini belajar di sebuah sekolah menengah antarabangsa di Setapak.

Katanya gambar dia sedang pegang gelas itu diambil pada Hari Ibu baru-baru ini.

Photobucket - Video and Image Hosting



Ibunya Tengku Zawiyah ada bersamanya di dalam restoran itu sewaktu dia minum pada hari berkenaan.

Mereka duduk di situ selepas Adib membeli hadiah, sebuah beg tangan untuk ibunya di komplek membeli belah itu sempena Hari Ibu.

Gambar yang tersebar itu dipercayai diambil oleh pihak tertentu dari ruanganya di laman web Friendster ,yang popular dikalangan anak-anak remaja.

“Sebelum ini saya memang selalu letak gambar-gambar yang saya ambil bersama rakan-rakan di situ.Saja suka-suka .Lepas ni…minta maaflah… tak lagi kot,”katanya sambil tertawa.

Penyebaran gambar-gambar itu dipercayai bertujuan untuk mencetuskan keraguan terhadap kredibiliti Khalid sebagai seorang bapa.

Ini berikutan kehangatan suasana menjelang majlis perkahwinannya dengan Siti Nurhaliza bulan depan.

Mengenai gambarnya di satu majlis yang turut tersebar,Adib memberitahu ia adalah majlis meraikan hari jadi seorang rakannya di sebuah kelab di Maju Junction,Jalan Tuanku Abdul Rahman pada hari Jumaat lalu (14 Julai).

Katanya dia hanya beraksi begitu semasa diminta bergambar bersama dua orang gadis.

Kedua gadis yang berusia 18 dan 20 tahun itu merupakan antara kenalanya yang turut hadir di majlis berkenaan.

“Saya sendiri tak sangka langsung gambar-gambar ini boleh tersebar meluas menerusi internet,”katanya.

Anas berkata dia sedar gambar-gambar itu sudah tersebar merata-rata.

“Malah ada seorang rakan saya di Australia yang menelefon memberitahu dia melihat gambar-gambar itu dalam internet,”katanya.

Pelajar tahun satu bidang pentabiran perniagaan di Royal Melbourne Institute Of Technology (RMIT) ini berkata memang perangai adiknya suka beraksi macam-macam semasa bergambar.

Dia berharap gambar-gambar ini tidak menimbulkan sangkaan yang bukan-bukan lebih-lebih lagi terhadap bapanya.

“Bapa saya adalah seorang yang caring terhadap anak-anak.Sekalipun sudah berpisah dengan ibu dia tetap seperti dulu sentiasa ambil berat tentang hal ehwal kami adik beradik,”katanya.

Anas mengakui dia memang agak rimas publisiti mengenai keluarganya kebelakangan ini.Dia juga menolak untuk bergambar semasa di situ. " Biar adik saya ni glamour seorang,"katanya secara berjenaka.

Sebelum ini dia sendiri menolak beberapa permintaan pihak media untuk mengadakan temuramah dengannya.

“Saya terpaksa menerima suasana publisti sekarang sebagai satu fact of life yang perlu dihadapi.Cuma saya harap hal ini akan reda lepas ini dan kami dapat kembali meneruskan kehidupan kami yang biasa-biasa seperti dulu,”katanya.

Menurut Anas dia akan kembali ke Melbourne Isnin ini dan tidak dapat pulang untuk menghadiri majlis perkahwinan bapanya dengan Siti Nurhaliza pada 28 Ogos ini kerana terikat dengan jadual ketat pengajian.

“Lagipun saya baru saja pulang bercuti,”ujarnya. - 21/7/2006